Sunday 21 September 2014

BUSANA ORANG MELAYU MENGIKUT SETIAP NEGERI DI TANAH MELAYU : MELAYU PERAK & PERLIS

BAHAGIAN 3


  • Lelaki = Baju Melayu Cekak Musang, tengkolok, bengkung dan ikatan samping Perak (pakaian diraja).
  • Wanita = Pakaian Puteri Perak berseluar panjang songket jong sarat (pakaian diraja).
  • Lelaki = Baju Melayu Cekak Musang, kain samping ikatan Perak, bengkung dan kepala berhias..Justar Sering (hiasan kepala yang dipakai di hari perkahwinan).
  • Wanita = Pakaian Puteri Perak berseluar Acheh dan berselendang songket penuh.


Pakaian Puteri Perak yang telah diubahsuai sebagai pakaian kebiasaan.

Baju Sikap Perak yang telah diubahsuai sebagai pakaian kebiasaan.

Pakaian Zarith Gangga (pakaian perkahwinan puteri diraja Perak) - Pakaian kemban dari songket dipadankan dengan Kebaya dan selendang dari pinggang yang dilepaskan di belakang bahu

Pakaian Puteri Perak dengan seluar Aceh songket, selendang dan samping juga dari songket tenun.

Pakaian Panglima - Baju Sikap dipadankan dengan Baju Melayu dan bersamping songket,bengkung dan tengkolok.

Pakaian Putera Perak - Baju Sikap baldu bertekat dipadankan dengan Baju Melayu Cekak Musang, samping dan bertali pinggang.


Baju Sikap digayakan selengkapnya - baju dalam, kain samping diikat lepas, bertali pinggang,tengkolok dan dokoh

Baju Melayu Cekak Musang fabrik sari coklat bersulam benang emas, berkain samping dan tengkolok songket sedondon.

Baju Kebaya Pendek dipadankan dengan kain tenun sutera. Pakaian seperti ini dipakai di Perak di dalam tahun-tahun 1930-an

Baju Kebaya Labuh kain les yang dipadankan dengan kain songket sarung

Kebaya Labuh broked merah cili dipadankan dengan kain merah polos, berselendang renda keemasan, tali pinggang dan dokoh berantai

Baju Puteri Perak juga dipanggil Baju Adat Aceh. Digayakan dengan selendang, pending bertali pinggang, dokoh berantai bercucuk sanggul dan dahi berhias gendek

Baju Melayu Cekak Musang dipadankan dengan kain samping songket berbengkung dan kepala berhias Justar Sering yang dipakai di hari perkahwinan.

BUSANA TRADISIONAL MELAYU PERLIS



  • Lelaki = Baju Sikap dan bersamping dan seluar songket.
  • Wanita = Baju Kebaya Labuh songket.
  • Lelaki = Baju Sikap (Pakaian bangsawan Kedah dan Perlis pada masa dahulu).
  • Wanita = Baju Kebaya Labuh (pakaian rasmi wanita Perlis selain dari Baju Kurung Teluk Belanga).


Baju Kebaya Labuh

  • Baju Kebaya Labuh songket merah pulasan benang emas. 
  • Baju Kebaya Pendek yang yang dipakai dengan kain batik sarung.

Baju Kurung Kedah juga dipakai di Perlis.

Pakaian petani baju ringkas (Perlis)

Baju Kebaya Labuh songket bunga penuh.

Potongan Baju Sikap besar dari tenun corak tapak catur bunga tabur dipadankan dengan samping.

Baju Kebaya Labuh.

Baju Sikap pakaian adat.

Sepasang Baju Melayu Cekak Musang dan Kebaya Labuh (digunakan untuk acara rasmi di istana).

Kebaya Labuh tenunan songket sutera.



No comments: